Monday 27 February 2012

TEMPAHAN TUDUNG AWNING SEDONDON

Berita Baik juga...di seri jahitan juga turut menawarkan jahitan tudung awning yang boleh dipandankan terus dengan baju kurung yag ditempah.  Kain tudung samada pilihan customer atau dari koleksi kain di seri jahitan.  Harga serendah RM 15.00 sehelai (kain customer), dan RM 25.00 ke atas mengikut jenis kualiti kain yang digunakan.

SEDIA MENGAMBIL TEMPAHAN BAJU RAYA 2012

Terima Kasih berkunjung ke laman ini.  Menjahit pakaian merupakan aktiviti yang tidak pernah menjemukanku sejak dari bangku sekolah lagi.  Bermula dari minat melihat ibu menjahit pakaian sendiri dan anak-anak menimbulkan minat yang mendalam.  Namun, untuk aktif secara sepenuh masa agak sukar kerana terikat dengan tugas kepada negara dan masyarakat.  Pun begitu, keinginan melihat wanita diluar sana sentiasa tampil cantik dan bergaya tidak pernah menghalangku untuk terus menghasilkan busana terutamanya kurung yang tidak pernah lapuk dek zaman.  Sentiasa ayu dan anggun sesiapa saja yang menggayakannya tidak kira usia, saiz mahupun rupa.  Begitulah aku mengabdikan minatku pada seni jahitan.

Mulai hari ini, sesiapa yang mahu menempah baju kurung tradisional dan pesak gantung boleh berbuat demikian dengan langkah-langkah berikut:

1.  SMS kan nama, bilangan kain, jenis baju dan kain.
2.  Poskan kain anda ke alamat yang akan dihantar melalui SMS.
3.  Atau hantar sendiri bagi yang berdekatan Putrajaya atau Cyberjaya atau Puchong.
4.  Tempahan akan disiapkan dalam tempoh segera.
5.  Pakaian yang telah siap akan dipos/ diserah setelah bayaran penuh diterima.

Berikut senarai harga yang amat berpatutan:

1.  Baju kurung tradisional kain susun tepi - RM 25
2.  Baju kurung pesak gantung kain selisih depan - RM 25
3.  Baju kurung pesak gantung kain susun belakang - RM 30
4.  Baju kurung Pahang (tanpa kikik) kain susun tepi/ depan - RM 25

Harga tidak termasuk kos penghantaran.  Caj tambahan akan dikenakan untuk kemasan manik, mata lalat/ karipap.

Terima Kasih.